Monday, December 21, 2015

Persiapan Lepas Bersalin a.k.a Berpantang. Part 2

Now is sambungan bagi persiapan berpantang aku. Kalau sebelum ni aku cerita pasal barang2 penggunaan aku untuk berpantang, sekarang aku nak cerita more about barang untuk baby yang akan aku guna semasa dalam pantang and also after berpantang. The first is:-

1. Set Pengurusan Uri

Yang ni sebenarnya papa baby yang akan guna. Sebab dia yang akan tanam uri baby nanti. Takkan mama kot kan. Hihi. Aku beli jenama Grandma Secret. Papa baby yang pilih set ni. Sebab dia suka dengan bekas tanah liat tu. Lebih efisien katenya untuk uri sebab bila tanam nnt, lama2 bekas tanah liat pun akan dimakan tanah.



Kandungan : Garam, Asam, Bekas tanah liat bertutup, kain putih, sarung tangan latex.
Harga: RM35

2. Tungku Baby

Yang ni aku saje je beli. Sebab aku tengok tomeinya la hai. Hihi. Tungku ni elok digunakan bagi mengelakkan baby kembung perut, masuk angin and yang seangkatan dengannya la.



3. Electric Breast Pump



Untuk breast pump, aku beli jenama Malish Pinky. Harga set ni is RM250. Dapat macam yg dalam gambar tu.

4. Milk Warmer



Tomei x? Aku suka sebab kaler pink! Sama mcm breast pump. Yela. Baby aku baby gegirl. So mestila mama semangat belikan semua kaler pink. Hihi. Bestnya warmer ni sebab boleh guna dalam kereta jugak :)

5. Bengkung Moden\



Aku pilih bengkung ni walaupun dalam set bersalin aku dah ada bengkung sebab aku ni pemalas. Sape la yang rajin nak pakaikan aku bengkung tradisional tu nanti? So, better aku beli yang ni je. Mudah dan cepat. Ada 3 bahagian. Satu untuk naikkan balik rahim, satu untuk kempiskan perut and bentukkan balik pinggang, and the other one is untuk rapatkan balik tulang pinggul yang akan jadi lebar waktu meneran nak bersalinkan baby nanti..

So, basically aku rase ni jela persiapan aku untuk bersalin nnt. Sikit ke banyak eh? :)






Persiapan Lepas Bersalin a.k.a Berpantang. Part 1

Kali ni aku nak cerita tentang persiapan berpantang aku. Aku skip la eh pasal majlis persandingan aku belah lelaki and perempuan dulu. Hihi..

Since this is my first baby, so segala preparation aku ni, aku xtau la seswai ke x gn badan aku nnt. Aku just beli berdasarkan testimoni orang lain je dulu ni.. Jom kita lihat! Hihi..



1. Set Bersalin Ibu Halimah Jamu Mak Dara

Untuk set bersalin, aku pilih Set Bersalin Ibu Halimah, Jamu Mak Dara. Why? Sebab ucu aku mmg makan jamu ni dari muda and dia mmg cukup bertenaga punya org. Mmg sgt jarang jatuh sakit and mmg tak pernah nampak penat walau seharian aktiviti dia sgt lah full. Harga dia adalah RM350.

Set bersalin ibu halimah ini merangkumi:-

  1. Jamu Mak Dara Gold ( 4 botol )
  2. Rempah Mandi
  3. Losyen Param Limau
  4. Bedak Sejuk
  5. Balm Herba
  6. Bengkung
  7. Tungku Kukus Berherba
  8. Lulur Kopi Ibu Halimah



2. Pilis Air Mancur

Disebabkan dalam set bersalin aku tak ada pilis, so aku beli sendiri pilis macam kat gambo atas ni. Harga RM7 je satu set ni. Ada bape paket tah kat dalam. Tak ingat plak.. Beli dekat kedai jamu dekat area opis aku je..

3. Jamu Young Gold

Walaupun dalam set bersalin tu dah dapat Jamu Mak Dara, but aku still rase tak cukup lagi. Jamu Mak Dara mmg bagus untuk beri tenaga dan stamina, tapi aku rase macam aku perlukan jamu extra untuk lentikkan balik badan and naikkan balik aset menggunung itu ye.. Maaf, agak tak senonoh post aku kali ni.. Hikhik.. So, aku pun beli la Jamu Young Gold, utk kasi power balik body (jamu ni kawan aku rekemen, and body die mmg mantop uollss)




KELEBIHAN JAMU YOUNG GOLD
☆ Menjadikan bentuk badan lebih cantik & seksi
☆ Menegang, memontok serta menganjalkan payudara
☆ Menghilangkan bulu roma yg lebat seperti bulu kaki, misai nipis & bulu tangan
☆ Jamu young gold ini jadi rebutan mak nyah seluruh negara kerana keberkesanannya
☆ Menghilangkan bau badan & bau peluh
☆ Wanita yang mengambil Jamu young gold ini tak akan terkena kanser rahim & kanser breast
☆ Mengetatkan rahim serta menghilangkan bau kurang menyenangkan di miss V
☆ Menghalus-muluskan kulit muka & badan
☆ Menaikkan punggung yang jatuh, rata & leper
☆ Menjadikan bentuk badan semakin menarik jika digunakan oleh wanita yang sedang berpantang atau wanita yang terlampau kurus
☆ Boleh diconsume oleh ibu2 yang menyusukan bayi & wanita dalam pantang
☆ Mencantikkan kuku, rambut, kulit dan segala aset wanita

4. Aura White Chocolate

Dalaman dah jaga, aset dah jaga, now masa untuk jaga kulit pulak kan. So aku pilih Aura White Chocolate untuk tujuan ni.



- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 minggu
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita

5. Milk Booster Moeder

Last but not least is milk booster untuk kasi tambah susu badan. Aku pilih milk booster Moeder. Aku dah start minum pun and rasanya memang sedap. Aku tgh mengandung 6 bulan and guess what? Aku dah keluar susu lepas 3 hari je consume milk booster ni! Happy weh....!



antara kebaikan produk moeder 1001 khasiat didalam nya :

✅Untuk ibu hamil
��meningkatkan daya tubuh,stamina serta tenaga semasa hamil
��mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil
��memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
��menguatkan kandungan bagi ibu hamil

✅Untuk kandungan/bayi
��melebatkan rambut
��mencegah rabun
��membantu menguatkan sistem paru-paru bayi
��mengurangkan risiko demam kuning
��membantu kecergasan otak bayi
��membantu pembentukan otak,saraf serta organ pembiakan

✅Untuk ibu menyusu
��membanyak dan memekatkan produksi susu
��mencegah kegemukan,mencerah & melembabkan kulit
��membantu menghilangkan selulit kesan kehamilan
��memberi tenaga utk ibu
��membantu merawat luka dalaman ketika bersalin

Okaylah. Sampai sini dulu post aku kali ni. Next time aku akan post lagi sambungan preparation berpantang aku eh..

Sunday, December 20, 2015

Throwback. 05 June 2015. Majlis Pernikahan Aku.

Okay. Hari ni aku rasa macam nak throwback lagi la. Haha. Sebabnya hari ni aku dah siap semua kerja dekat opis ni. So dah tak tau nak buat ape dah ni. Huhu

Aku selamat diijabkabulkan dengan hubby aku pada malam 05 June 2015. Masa tepat memang aku tak ingat lah. Tapi dalam pukul 9 lebih kot..

Untuk hantaran, memang aku buat sendiri. Sebabnya, aku susah caye orang. Aku lebih puas hati kalau aku sendiri wat hantaran aku. Mai la tengok pict.. Cantek ke idok.. Hikhikhik



Ini contoh hantaran kosong. Meh tengok yang dah siap isi plak meh..











Ada lagi satu dulang yg takde dalam gambar which is my cake! Cake yg sgt sweet, awat aku tak jumpa gambonye?? Arggghhh!!! Stress!!!!!!




Untuk pelamin mini nikah pun aku DIY jugak okeh.. Backdrop pakai je mak ak punya langsir je. Kerusi sofa pun mak aku punya, Haha. Bunga tinggi2 sebelah sofa tu? Pun mak aku punya la jugak. Kihkihkih.. Okok. Yang lain2, semua barang yg putih2 tu lak aku sewa eh.. Sewa dari Nurdano.. Harga murah and sgt memuaskan hati.. Boleh la usha blog die kalo korang nak sewa DIY mini pelamin ye..


Ini plak inai aku. Simple je kan.. Aku malas nak bercorak sangat dekat tapak tangan.. So, simple love pun okeh..





Untuk baju, kasut and bilik pengantin pun, all siapkan sendiri jela. Baju beli siap sekali dengan veil, kasut pun beli sendiri, and bilik pengantin pun hias sendiri. Takde plak full picture utk bilik pengantin. So just tnjuk ape yg ade jela eh..



Cak! Tomei tak? Tomei tak saya?? haha. Gedik nak mampos plak tetiba aku kan.. So, ini aku bila dah siap mekap! Yeah, I'm ready to get married! Hikhik..
















Thursday, December 10, 2015

Kisah Aku dengan Lagu Dark Horse - Katy Perry

Hi uolls.

Lagu Dark Horse nyanyian Katy Perry memang pernah bagi sejarah silam dalam hidup aku. Sejarah best ke tak best? Korang nilai sendiri la lirik lagu ni eh. Haha.

"I knew you were
You were gonna come to me
And here you are
But you better choose carefully
‘Cause I, I’m capable of anything
Of anything and everything"

Okay. Part yang ni dulu eh.. Part yang ni umpama si jejaka mempunyai dua pilihan. Dan instinct aku dapat rasa yang lelaki ini akan datang kepada aku.. Tapi aku nak dia pilih betul-betul.. and aku nak ingatkan dia, aku jenis yang mampu lakukan apa saja.. 

"Make me your Aphrodite
Make me your one and only
But don’t make me your enemy, your enemy, your enemy"

Part ni plak, once dia dah pilih aku, make sure dia jangan curang dengan aku. Jangan sampai aku anggap dia musuh..

"So you wanna play with magic
Boy, you should know what you're falling for
Baby do you dare to do this?
Cause I’m coming at you like a dark horse
Are you ready for, ready for
A perfect storm, perfect storm
Cause once you’re mine, once you’re mine
There’s no going back"

This part, more to peringatan kepada si lelaki. Kau yang mulakan dulu permainan ni, so kau kena tahu apa akibatnya. Adakah kau dah sedia nak main? Sebab aku akan main dengan apa saja cara. Sekali kau jadi milik aku, kau sentiasa akan jadi milik aku. Takkan ada patah balik lagi untuk kau.

"Mark my words
This love will make you levitate
Like a bird
Like a bird without a cage
But down to earth
If you choose to walk away, don’t walk away"

Ingat kata-kata aku ni. Aku akan beri kau cinta yang akan buat kau rasa seperti terbang di awang-awangan. Bebas tapi akan tetap pulang pada aku. Dan kalau kau pilih untuk berlalu, aku nak advise, tak payah la..

"It’s in the palm of your hand now baby
It’s a yes or no, no maybe
So just be sure before you give it all to me
All to me, give it all to me"

Sekarang keputusan di tangan kau. Sama ada ya atau tidak. Tak boleh 'mungkin' atau 'tak pasti'.. Sila buat keputusan muktamad sebelum serahkan diri kau pada aku. Sebab kau akan serahkan semuanya pada aku.

"She’s a beast
I call her Karma (come back)
She eats your heart out
Like Jeffrey Dahmer (woo)
Be careful
Try not to lead her on
Shorty’s heart is on steroids
Cause her love is so strong
You may fall in love
When you meet her
If you get the chance you better keep her
She's sweet as pie but if you break her heart
She'll turn cold as a freezer
That fairy tale ending with a knight in shining armor
She can be my Sleeping Beauty
I’m gon’ put her in a coma
Woo!
Damn I think I love her
Shorty so bad, I’m sprung and I don’t care
She ride me like a roller coaster
Turned the bedroom into a fair (a fair!)
Her love is like a drug
I was tryna hit it and quit it
But lil' mama so dope
I messed around and got addicted"

And for this part, lelaki tu yang akan tahu sendiri. Lelaki tu akan tahu yang gadis ni seorang yang sangat sweet, jenis gadis yang sangat sayangkan pasangannya, mempunyai rasa cinta yang sangat besar untuk pasangannya. Tapi jangan pernah sesekali kau mainkan hati dia. Sebab sekali dia terluka, kau akan tahu padahnya.

Hell yeah! Memang tepat 100% ngan kisah hidup aku satu masa dulu. Haha.

If you're going to choose me, please think carefully first. Because once I'm into you, there's no going back for you. Choose wisely. Don't choose me just to hurt me. You'll be sorry. Trust me. That's my vow.

Wednesday, December 9, 2015

Throwback. Majlis Pertunangan. 270914.

Okay. Now aku nak mengimbau kenangan masa aku bertunang dulu. 

Aku kenal dengan hubby aku ni tak lama pun sebenarnya sebelum kitorang decide untuk bertunang, kitorang start bercinta awal bulan January 2014. And sepanjang tempoh kitorang bercinta, kitorang asikla bergaduh. Satu hari tu, aku cakap macam ni kat hubby aku masa kitorang bergaduh. 

"Kalau abang betul ikhlas dengan sayang, bawak keluarga abang datang jumpa mak abah sayang".

And aku tak sangka rupanya hubby aku ni amik siryes ape aku cakap tu. Few days ke weeks after aku cakap macam tu, dia cakap dengan aku, family dia akan dtg merisik and meminang sekaligus. Maka, kitorang pun start wat preparation and few months after, maka bertunang lah kami tepat pada 27 September 2014. 

Kenapa kitorang pilih tarikh tu? Senang je. Sebab tarikh lahir dia tanggal 27 and aku lak lahir pada bulan September. So gabung dua tarikh tu, dapatla 27 September..

Meh aku share sikit gambar tunang kitorang.. 


Semua barang hantaran ni aku and hubby aku wat sendiri. Ni hantaran dari pihak perempuan. Ada 11 dulang semuanya. Almost semua makanan a.k.a manisan la kot orang panggil. Ada buahan, kek, coklat, biskut tart, gula2 and pai kot. And barangan bukan makanan lak is sepasang baju melayu, samping, sejadah & songkok, wangian potpuri and lastly is cincin tunang la kan.. 


Ni adalah gambar kek yang aku tempah khas dari kakak yang kerja dekat UPM. Satu opis ngan abang ipar aku. Aku suka sangat kek ni. Simple but aku tertarik. Hihi.


Hantaran dari pihak lelaki lak. Ada 17 dulang kesemuanya. Sama macam aku, almost all makanan. Yang bukan makanan is sirih junjung, telekung, sejadah, kain pasang, tuala, cincin risik & cincin tunang..



Okay. Ini pulak adalah mini pelamin tunang aku. DIY okay. Sebab murah kalau buat sendiri ni. Huhu. Aku sewa barang dari Your DIY Project Supplies.. Harga murah and barangan best. Aku rekemen sesape carik diy mini pelamin ni, boleh usha dekat sini. Barang dia pun up to date tau. Dah banyak stock baru dia ada ni.. Geram lak aku tengok. Plan nanti majlis cukur jambul anak aku, nak DIY lagi la buaian dia nnt.. Hihi..



Last but not least, ini lah kami.. Me and my hubby atas pelamin mini.. Hihi.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.. And cakap pasal baju plak, aku beli baju siap dekat PKNS Bangi. Veil plak beli dekat Bangi jugak.. Tapi tak ingat lak nama kedai.. Nanti aku ingat aku update la post ni.. Haha..



Tuesday, December 8, 2015

Kisah Lalu Membuat Aku Rindu.

Hai! I am Gia Aris. 

Aku baru je berkahwin dengan jejaka pilihan aku 6 bulan yang lepas. 5/6/2015. Dan, aku sedang mengandungkan anak sulung kami. Usia kandungan aku? Nak masuk 6 bulan kot. Yeah! Aku bunting pelamin! Syukur alhamdulillah atas rezeki kurniaanMu ini Ya Allah....

Tak sempat kitorang celebrate 1st month anniversary, doctor dah sahkan yang aku mengandung! Happy gilak wehhh!!!! Sebelum kahwin, aku selalu risau sesorang. Macam mane la kalau aku tak ngandung2 pas kawin, aku ni subur ke tak, and memacam lagi yg aku risaukan.. Tapi, Allah cepat sangat kabulkan doa aku. Lepas nikah terus ngandung! Hihi.. Terima kasih Ya Allah....!


Nah.. Nak belanja sikit kad kahwin aku hari tu. Haha. Tapi gambar kahwin on next post la eh aku belanja korang tengok. Hihi..

Okay. Sudah dengan mukadimah yang takde kena mengena dengan tajuk post kali ni. Huhu. 

Actuallynye la kan, dalam pada tgh buat kerja dekat opis ni, aku bukak la youtube dengar lagu. And aku terclick My Channel and hasilnya, aku terjumpa balik 2 things. the first one is video yang aku watkan utk my hubby masa our 1st year anniversary. masa tu kitorang dah tunang kot.. aku pun tak sure sgt.. hakhak..

And, yang kedua tu yang buat aku rindu dengan kisah lalu.. Which is.. My Playlist yg ak create about a year ago.. Lagu2 yg ada dalam kandungan playlist tu termasuklah:

  • Kangen band - Pujaan Hati
  • Kangen band - Jangan Bertengkar Lagi
  • Ayushita - Tuhan Berikan Aku Cinta
  • Romance - Ku Ingin Kamu
  • Repvblik - Hanya Ingin Kau Tahu
  • Nomad - Tetap Menantimu
  • Ungu - Cinta Dalam hati
  • Geisha - Lumpuhkan Ingatanku
  • Armada - Hargai Aku
  • Armada - Buka Hatimu
  • Motif Band - Tuhan Jagakan Dia
  • Wali band - Puaskah
  • Wali band - Harga Diriku
  • d'Masiv - Merindukanmu

Haaa kau! Semua lagu jiwang tahap kasi leleh ini air mata. haha. And bila aku dengar semua lagu ni, telah buat aku rasa menerawang sekejap, tipu! Menerawang lama. Huhu.. Segala emosi masa lalu, datang balik dalam diri aku. Segala kenangan, segala pahit manis, segala susah senang, segala suka duka, semua datang balik menusuk dalam hati aku. 

Kenangan yang aku maksudkan bukan hanya tentang pasangan aku tapi lebih dari itu. Kenangan yang aku lalui masa dengan kawan2, kenangan dengan diri aku sendiri, kenangan susah senang aku harungi hidup ini sebelum aku sampai ke tahap ini. 

And now, aku nak layan perasaan sekejap.. Lain kali aku sambung lagi cte eh.. XOXO